About Me

My photo
I just an ordinary person who are talkative and easy going . I believe something happen for a 1000 reasons . The pain teach me to be a strong Allah creation . I don't mind people hatin me because I live not to impress anybody but to seek my place in Jannah .

Tuesday, November 29, 2011

7 kebaikan air mata yang menangis

salam ..
sekarang ni aq nak share something yang berfaedah dengan korang . hee , ye laa selama aq asyik update pasal life aq and apa yang aq minat jee . so my blog da macam tin kosong laa kan . takda benda yang bermanfaat . hehehe ..

k , aq nak tanya , berapa kerap korang menangis? bertahun-tahun sekali? setahun sekali? sebulan sekali? seminggu sekali? sehari sekali? berkali-kali sehari? kalau aq , selalu jugak laa menangis . biasa la , perempuan kan , sensitif . heheh . banyak sebab yang boleh buat kan aq menangis such as tengok cerita yang betulbetul menyentuh perasaan *bukan pasal cinta jee ye , pasal keinsafan pon yee jugak , dengar lagu yang ada kaitan dengan my life , sakit hati and many more . so , jom kita tengok apa kebaikan air mata


1. Membantu penglihatan
Air mata dapat membantu penglihatan seseorang. Cecair yang keluar dari mata dapat mencegah pengeringan pada membran mata yang membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteria
Tak perlu titis ubat mata, cukuplah air mata yang berfungsi sebagai anti bakteria semulajadi. Di dalam air mata terkandung cecair yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria.
3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis dapat mengurangkan tekanan dengan menangis, dengan itu mood seseorang akan datang kembali. Air mata yang dihasilkan melalui menangis kerana emosi mengandungi 24 % protein albumin yang berguna dalam menormalkan sistem metabolisme tubuh jika dibandingkan dengan air mata yang dihasilkan akibat gangguan mata.
4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari menangis kerana emosi adalah mengandungi racun. Keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia mengeluarkan racun dari dalam tubuh melalui mata.
5. Mengurangkan tekanan
Bagaimana menangis mengurangkan tekanan? Air mata mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan tahap tekanan, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh tekanan seperti tekanan darah tinggi.
6. Mengenal erti sosial
Selain baik untuk kesihatan fizik, menangis juga membantu seseorang membangun sebuah komuniti dlm masyarakat. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya dengan kawan-kawannya atau seseorang, dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi.
7. Melegakan perasaan
Semua orang ingin merasa demikian. Walaupun anda diduga dengan berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiranmu dan menangis, jangan dipendam lama-lama perasaan itu.
p/s : Lepas ni kalau nak menangis jangan segan-segan lagi. Tetapi menangis kerana Allah jangan dilupa juga ya pembaca pembaca sekalian =)

No comments: