About Me

My photo
I just an ordinary person who are talkative and easy going . I believe something happen for a 1000 reasons . The pain teach me to be a strong Allah creation . I don't mind people hatin me because I live not to impress anybody but to seek my place in Jannah .

Tuesday, June 4, 2013

mimpi Nabi Muhammad S.A.W

assalamualaikum w.b.t
apa khabar my lovely reader ? agaknya ada lagi tak orang yang nak singgah blog sya ni since sya dah lama tak update blog ni =\ kalau tak ada pun , takpelah . biarlah sya cakap seseorang . ececehh nak sentap sentap pulak . macam la ada orang kesah . k fine . dah mula la tu perangai merepek sya ni . okay okay . serius ! semua duduk tegak . mata fokus dekat kaca skrin laptop / komputer korang . jangan bergerak !! sebenarnya sya nak update something yang sya baca dari satu buku ilmiah ni . and sya rasa 'benda' tu agak menarik dan bermanfaat , so sya decide nak share dengan you all =)

bismillahirahmanirahim .
Sa'id bin Al-Mussayab meriwayatkan dari Abdurrahman bin Samurah bin Jundub , dia berkata ,"suatu hari Rasulullah s.a.w keluar menemui kami . ketika itu kami berada pada barisan beliau di Madinah . beliau berdiri sambil berkata 'sungguh . kelmarin aku bermimpi yang sangat aneh :

aku melihat seorang lelaki dari kalangan umatku didatangi malaikat maut untuk dicabut nyawanya . namun , datang kepadanya amalan baiknya kepada kedua orang tuanya . lalu malaikat maut mengembalikan nyawanya .

aku melihat seorang lelaki dari kalangan umatku yang telah disiapkan baginya azab kubur , tiba-tiba datanglah amalan wudhunya . kemudian amalan itu menyelamatkannya . 

aku melihat seorang lelaki dari kalangan umatku yang sedang digoda oleh syaitan , tiba-tiba datang amalan zikir kepada Allah s.w.t . lalu amalan itu mengusir syaitan darinya .

aku melihat seorang lelaki dari kalangan umatku dicengkam oleh malaikat azab , tiba-tiba datanglah amalan solatnya . lalu ia menyelamatkannya dari cengkaman mereka . 

aku melihat seorang lelaki dari kalangan umatku menjilat-jilat kehausan . setiap kali dia menghampiri ke telaga , dia dihalang dan diusir . tiba-tiba datang amalan puasa ramadhannya . lalu ia memberinya minum dan kesegaran .

aku melihat seorang lelaki dari kalangan umatku dan aku juga melihat para nabi duduk berkumpulan . setiap kali dia menghampiri ke satu kumpulan itu , dia ditolak . tiba-tiba datanglah kepadanya amalan mandi junub . lalu amalan itu mengambil tangannya dan mendudukannya disampingku.

aku melihat seorang lelaki dari kalangan umatku berada di antara kegelapan , dia dalam keadaan bingung . tiba-tiba datanglah amalan haji dan umrahnya . lalu keduanya mengeluarkan dia dari kegelapan itu dan memasukkannya dalam cahaya.

aku melihat seorang lelaki dari kalangan umatku melindungi diri dengan tangannya dari jilatan dan semburan api . tiba-tiba datang kepadanya amalan sedekahnya . amalan itu menjadi penghalang antara dirinya dan api serta menaungi kepalanya . 

aku melihat seorang lelaki dari kalangan umatku yang bercakap dengan orang mukmin tetapi mereka tidak menerimanya . tiba-tiba datanglah amalan silaturrahim sambil berkata 'wahai orang muslimim , sesungguhnya dia orang yang sangat menjalin hubungan silaturrahim , maka bercakaplah dengannya' . kemudian orang mukmin itu menyapa dan menyalaminya . dia pun menyalami mereka .

aku melihat seorang lelaki dari kalangan umatku telah dicengkam oleh malaikat zabaniyyah . tiba-tiba datanglah amalan amar makruf nahi mungkarnya . lalu amalan itu menyelamatkan dia dari tangan mereka dan memasukkan dia pada malaikat rahmat . 

aku melihat seorang lelaki dari kalangan umatku terungkur di atas dua lututnya . antara dirinya dan Allah terhalang oleh hijab . tiba-tiba datanglah amalan budi perketinya yang baik . lalu amalan itu mengambil tangannya dan memasukkan dia menghadap Allah s.w.t

aku melihat seorang lelaki dari kalangan umatku menerima buku catatan amalanya dari arah kiri . tiba-tiba datanglah amalan rasa takutnya kepada Allah . lalu amalan itu mengambil buku catatan amalannya dan meletakkannya disebelah kanan . 

aku melihat seorang dari kalangan umatku timbangan amalan kebajikannya ringan . tiba-tiba datanglah anak-anaknya yang telah meninggal dunia (untuk menambah berat timbangan kebajikannya)

aku melihat seorang lelaki dari kalangan umatku berdiri ditepi jahanam . tiba-tiba datanglah amalan harapannya kepada Allah s.w.t . lalu amalan itu menyelamatkannya dan melaluinya .

aku melihat seorang lelaki dari kalangan umatku telah dilempar ke neraka . tiba-tiba datang air matanya di mana dia menangis kerana takut kepada Allah s.w.t . lalu amalan itu menyelamatkannya . 

aku melihat seorang lelaki dari kalangan umatku gemuruh seperti pelepah kurma yang terkena hembusan angin kencang . tiba-tiba datang amalan berbaik sangka kepada Allah kepadanya dan menenangkan gemuruhnya . 

aku melihat seorang lelaki dari kalangan umatku merayap dan kadangkala merangkak dia sirath . tiba-tiba datanglah amalan selawatnya kepadaku . lalu amalan itu menegakkan dia di atas kedua telapak kakinya dan menyelamatkannya .

aku melihat seorang lelaki dari kalangan umatku telah sampai ke pintu syurga , namuan pitu syurga itu ditutup sebelum dia masuk . tiba-tiba datang kepadanya amalan syahadat 'tiada tuhan selain Allah ' . lalu amalan itu membuka pintu syurga baginya dan memasukkannya ke syurga . 

subhanallah . sungguh Allah itu Maha Besar dan Maha Mengasihani . betapa besarnya kuasa Allah terhadap umat yang dikehendakinya . oleh itu , kita hendaklah sentiasa beribadat dan meninggalkan segala larangannya . semoga kita semua akan berada dibawah naungan-Nya dan mendapat syafaat Rasulullah s.a.w di akhirat nanti . wallahualam ..