About Me

My photo
I just an ordinary person who are talkative and easy going . I believe something happen for a 1000 reasons . The pain teach me to be a strong Allah creation . I don't mind people hatin me because I live not to impress anybody but to seek my place in Jannah .

Sunday, December 22, 2013

everything is new .

assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera .
alhamdulillah sekarang sya dengan leganya dan heavennya dah ada dekat rumah ! yeay ! sekarang ni kiteorang tengah cuti mid sem 2 minggu so holiday mode turn on . and for the first time sya balik sendiri naik bas . haaaa . mungkin orang lain dah pro tapi bagi sya itu adalah satu pencapaian dan pengalaman yang luar biasa . kemain lagi , baru naik bas dari seri iskandar ke kl pun dah pengalaman luar biasa . over sangat . hahah . tapi seriously memang luar biasa pun since ini first time sya naik bas ekspress . and bila dah sampai pudu sentral sya jadi macam jakun kejap xD

ni dah nak masuk part yang paling huru hara , so fokus ye . fokus siswi fokus ! haaaa , siap amik semangat kakak-kakak oc lagi kau. okayokay enough with the sarcasm yang hambar mambar tu . time dah sampai pudu sentral tu , sya terus bas dan call ayah sya . bila sya dah jalan sambil cari kereta ayah sya tetiba sya rasa pelik . sya rasa macam berlenggang . baru sya teringat , sya tertinggal beg dalam bonet bas ! terus sya lari pergi dekat bas . memang time tu sya aim bas yang sya naik tadi dah tak peduli pasal sya punya ACL dengan orang yang dekat situ .

bila sya dah sampai dekat bas tu terus sya tengok bonet tapi bonet bas tu kosong . memang cuak gila lah kan . time tu sya memang dah lost , tak boleh nak fikir apa dah . and luckily ada sorang budak laki yang naik satu bas dengan sya tu ketuk tingkap driver bas tu , then dia  bagitahu sya yang driver bas tu dah amik beg sya . lepas sya dah amik beg sya , sya pandang budak laki tu and budak laki tu pandang sya . adalah kot dalam 5 saat kiteorang pandang each other then sya terus jalan tak toleh belakang dah . bila dah jalan tu baru sya terfikir kenapa sya tak cakap thanks dekat laki tu . blergh !! mesti dia fikir yang sya ni jenis yang tak reti nak berterima kasih =( sya rasa dia budak uitm jugak tapi sya memang tak ingat langsung muka dia macam mana . let say kalau Allah temukan kiteorang lagi and sya tetiba tercam dia atau pun dia tercam sya , sya nak sangat cakap thanks dekat dia . sebab sya terhutang budi sangat dengan dia . cuba kalau dia tak ketuk tingkap driver bus tu , mesti bas tu dah jalan dan sya tak dapat beg sya balik . sebab time tu sya terlampau nervous and tak boleh nak fikir langsung >,<

dah stop cakap pasal first experience yang sangat clumsy tu . ni sya tinggalkan a few gambar kelas sya dekat sini . walaupun sya jarang jumpa dekat budak kelas H ni compare dengan budak kelas F , tapi sya dah rasa selesa dengan dorang even ada je yang sya tak kenal lagi . hahah . they are gonna be my classmate for next 3 years and hopefully kitorang semua akan grad sama-sama . in shaa Allah . doakan kejayaan kiteorang ye =)








p/s : new experience , new peoples , new surrounding , new challenge , new life . in shaa Allah quantity surveyor to be . doakan kami ;)

Sunday, December 8, 2013

kuatlah sayang

assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera .

kadang-kadang bila Allah uji kita sikit , kita dah cepat mengeluh  . kita cakap Allah kejam . Allah tak kejam sayang , Allah uji sebab  Allah sayangkan kita . biasanya kita akan cepat hanyut bila kita diuji dengan ujian hati atau perasaan . memanglah sakit bila orang yang kita minat , suka , sayang , cinta atau kita kasih mencintai orang lain . hampir semua orang pernah melalui situasi tapi yang membezakan kita hanyalah macam mana kita atasi benda tu . sejujurnya sya pun pernah melalui situasi tu, sya pun tak kuat , sya nangis sekuat hati sya , sya demam semua . tapi bila sya fikir balik mungkin betul apa yang kawan sya pesan dekat sya

" mungkin dia bukan jodoh kau , walaupun kau sayang dia macam mana pun kalau dah ditakdirkan dia bukanlah jodoh kau , korang tak akan bersatu . kau kena ingat Allah tak pernah menguji hambanya melebihi kemampuan mereka . kau kena kuat !"

sya pesan lagi dekat diri  sya

"sya , kau kena kuat . dia bukan jodoh kau . dia lelaki yang baik , memang selayaknya lelaki yang baik untuk perempan yang baik . kan Allah dah janji macam tu ? takpe , kau kena berusaha menjadi lebih baik kerana Allah Taala . in shaa Allah , Allah akan kurniakan yang baik-baik untuk kau . yang penting kena redha dengan ketentuanNya dan doakan kebahagiaan dia walaupun dia bukan milik kau. "

memanglah susah nak move on tapi terperangkap dalam perasaan kecewaan tu okay ke ? lagi sakit kan kalau stuck dengan frustration tu. so rapatkan diri dengan Allah , doa banyak-banyak , dan mohon kekuatan daripada Allah .. ingat Allah menguji sebab Dia sayang kita . our life may not be going the way we planned , but its going exactly the way Allah has planned .  okay , keep calm and smile sayang .



p/s : its okay to cry in order to become more stronger .

Thursday, November 14, 2013

a new journey to begin .

assalamualaikum w.b.t dan selamat  sejahtera .
dah lamanya sya tak update blog !!!! rindu  sangat tapi biasalah sindrome  malas menguasai diri . hihihi . padahal banyak sangat benda yang sya lalui yang sya nak share dekat sini tapi hajat tak kesampaian xD Sekarang baru sya free sikit sebab start awal bulan 11 haritu affan dah duduk dekat rumah pengasuh . tetapi . persoalannya , mengapakah ? bukan sya ke yang jaga affan selama ni ? tak sanggup dah ke ?

dah dua bulan sya jaga affan , tu tak termasuk time kakak sya pantang . this is the time for me to let him go . ecehhh . ayat macam orang frust menonggeng . haha ! okayokay . actually , reason yang sebenarnya is sya dapat tawaran sambung belajar dekat UITM Seri Iskandar . course yang memang sya nak sangat , course ukur bahan . syukur alhamdulillah . akhirnya doa sya termakbul jugak .

sya daftar hari sabtu ni , in shaa Allah esok lepas solat jumaat kiteorang gerak . and alhamdulillah almost 95% semuanya dah ready . dari buka segala account bank sampailah ke packing . sya get ready awal-awal sebab sya tak nak rushing , tertinggal barang la , borang la . tak pasal je nanti buat drama air mata sebab kena marah dengan Encik Ishak ~.~

sya nervous jugak sebenarnya . sebab ni first time berjauhan dengan family . nah cuba bayangkan 18 tahun duduk bawah ketiak mak ayah tetiba kena duduk asrama , jauh pulak tu . yaaa , jauh sangat since perak tu dah negeri lain xD tapi muka kena maintain cool . wat lek katanya . kalau tak habis kena bahan. hohoho

sya tak sure kalau sya sempat nak update blog ke tak kat sana nanti . dengan mds lagi . comfirm kena regging kawkaw . tapi kalau ada masa , in shaa Allah sya akan update . doakan kejayaan sya ye :)

last outing , melaram sikit =3

p/s : seri iskandar aku datang !

Monday, September 2, 2013

buang tebiat ?

assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera .
sya tahu raya hanya berbaki kurang dari seminggu tapi sya still nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua muslimin dan muslimat especially kepada family sya , kawan-kawan sya and of course to my sweet blog reader ;) sya minta maaf sangat sebab dah lama tak update blog sebab sekarang ni sya sibuk sangat sebab dah jadi mak instant . yup mak instant . apa korang ingat maggi je yang boleh instant ? mak pun boleh okay . hahaha . sya jadi baby sitter anak kakak sya untuk sementara waktu . so masa untuk pegang laptop memang sangat limited . kadang-kadang seminggu sekali baru sya dapat online .

okay. dah panjang sangat mukadimah sya . and mukadimah tu langsung tak ada kena mengena dengan tajuk entry sya yang acah-acah nak gempak tapi hambar sekali . okay cerita bermula seperti ini .....
malam tadi sya mimpi sya tengah naik tangga nak menuju satu rumah yang sangat cantik . tapi rumah tu macam terapung je sebab sepanjang tangga tu cuma nampak awan dengan langit je . rumah tu tinggi sangat . nampak macam dekat tapi dah lama naik tangga tu still tak sampai lagi .

50% hampir sama macam ni tapi cuma tak ada rumah je 

hah sya tertinggal satu fakta penting . dalam mimpi tu ada enam orang . 3 lelaki , 3 perempuan . yang perempuan sya tak nampak , yang lelaki .. F4 ! tapi kim hyun joong tak ada . so tinggal F3 je ^.^

finally ! kiteorang sampai pun dekat rumah tu . dekat sana , sya duduk dekat kerusi rehat dekat luar rumah tu  dengan ... LEE MINHO !! dalam mimpi tu sya ada special relationship dengan dia gitu . kiteorang duduk rehat dekat luar tu , then sya sandarkan kepala sya dekat bahu dia . acah-acah manja gedik sweet semua ada . haha . time tu dia pakai topi , tapi topi tu macam topi keselamatan pun ada , macam helmet pun ada jugak . sebab topi tu ada tali dekat dagu . then , sya bukakkan lah tali topi dia sambil cakap

sya : eee . banyak peluh
minho : peluh-peluh pun ada orang sayang *sambil lap peluh dia pakai bantal kecik ke teddy bear tah lepastu hulur dekat sya* nah , hadiah

lepastu sya tak tahu dah apa jadi . dia siap boleh cakap bahasa melayu lagi tu . buang tebiat gila la kan . yang paling buat tebiat sya la . sya bukan lah fanatic sangat dengan lee minho . sya cuma suka tengok dia berlakon dalam cerita boys over flower tu je . sya addicted gila dengan cerita tu . tambah-tambah sekarang ni ada ulangan cerita tu lagi . tapi tak sangka pulak sya boleh mimpikan dia . nampak sangat dia rindukan sya . saja nak sampaikan kerinduan dia pada sya sebab tu la interframe dalam mimpi sya . hahaha ! okay . sekarang ni sya yang buat tebiat ke lee minho ?



p/s : orang kata kalau kita mimpi sebelum subuh in shaa Allah mimpi tu akan menjadi kenyataan . orang kata la . kalau jadi betul-betul , jemputlah datang ke majlis perkahwinan kami nanti . hahah ! xD

Tuesday, July 9, 2013

puasa dengan orang baru .

assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera .
ramadhan tahun ni adalah ramadhan  yang ke-18 buat sya . tapi yang betul-betul diharungi dengan jayanya mungkin tak sampai 10 kot . hihihihi . biasalah zaman-zaman budak hingusan dulu mana reti puasa betul-betul . bangun sahur pun malas lepastu tengah hari dah terbuka . nanti time dah masuk waktu berbuka , makan mengalahkan orang yang berpuasa . lapar sebab berpuasa katanya hahaha xD

so , yang kaum hawa yang tengah baca entry sya dah habis ganti puasa ke belum ni ? sempat lagi ke ni ? hari rabu dah puasa dah . kalau ada yang tak habis ganti puasa lagi kena ketuk ketampi ni haip haip . kalau yang dah habis ganti tu , alhamdulillah . in shaa Allah kita akan menemui bulan yang penuh barakah dengan aman dan tenang tanpa perlu fikir tahun depan nak kena ganti puasa yang tahun lepas punya dua kali ganda . ni ingat lagi tak niat berpuasa ni ? ke ingat doa berbuka je ? hihih . okayokay . sya yakin sahabat-sahabat yang tengah baca entry sya ni semuanya baik-baik dan mesti hafal punya lah niat berpuasa . daripada kecik lagi kita dah menghafal , bukannya susah pun . bertambah senang bila kita sama-sama menghafal dengan kumpulan Raihan ;) tapi kalau ada sahabat-sahabat yang baru nak mengenali islam , tak tahu niat puasa , sya sertakan dekat sini =)


tahun ni special sikit . sebab ramadhan kali ni adalah ramadhan yang pertama family sya sambut dengan orang baru . orang baru tu ialah ............
Muhammad Affan bin Muhammad Suffian . yes , he is my nephew , my hero , and my everything ! ececeh , nanti dah ada anak sendiri dia turun pangkat la . hahah . sorry sayang . kejam sungguh ucu mu ini =3 actually due along sya 15/6/2013 tapi 20/6/2013 baru dia lahir . dia degil sikit la kot , sebab tu tak nak keluar on time . hohoho . 



haa . ni la dia budak over due tu . sekarang umur dia dah 19 hari . kuat minum susu ! bila lambat sikit je , muka merah gila . hohoho . tapi ucu still doakan affan jadi anak yang soleh , bijak dan berjaya di dunia dan di akhirat . in shaa Allah . 

p/s : ku mengharapkan ramadhan kali ini lebih mkna agar dapat ku lalui dengan sempurna ..

Friday, July 5, 2013

ramadhan yang ketiga

assalamualaikum.

nurul syafikah binti zabidi . lahir pada 3 julai 1995 . menghidapi penyakit asma . meninggal dunia pada 29 julai 2011 .

*throwback*
29 julai 2011

sya keluar dengan kawan-kawan sya nak main boling . tapi pada pagi tu, hujan turun dengan lebat sangat dan sya hampir-hampir tak jadi keluar sebab ayah sya tak bagi pergi . at the end sya jadi pergi jugak sebab kawan mak sya tumpangkan pergi ampang point . time dah masuk dekat tempat bowling tu , masya Allah , penuh sangat . semua lane ada orang . kebetulan hari tu ada pejabat yang buat family day dekat situ . pekerja boling tu kata pukul 12 pm baru dorang habis main . okay , takpe . then , sya dengan kawan-kawan sya pergi kedai buku dulu sementara tunggu pukul 12 . time sya tengah baca-baca buku tu tiba-tiba kakak sya call sambil menangis

along : adik , balik sekarang .
sya : kenapa ?
along : nurul meninggal .
sya : apa dia ?
along : nurul meninggal .
sya : tipu !
along : betul la . pakcik baru telefon tadi . balik sekarang , nak balik kedah 
sya : *terdiam , tak percaya , menangis*

ya Allah . berita tu telah buat sya tergamam . masa seolah olah terhenti . sya terus minta kawan-kawan sya temankan sya balik .

sampai je dekat rumah pakcik sya , sya nampak sekujur tubuh yang kaku di tengah ruang tamu . terus mama sya , along dan sya duduk sebelah jenazah arwah . kiteorang membacakan surah yassin dan ayat-ayat suci al quran sambil air mata tak berhenti henti mengalir . sya yang menangis paling banyak sebab pemergian  arwah adalah satu kehilangan yang sangat besar buat sya . kiteorang rapat sangat , hubungan kiteorang bukan sekadar sepupu . tapi dah macam adik beradik . semua cerita kiteorang share . kiteorang jugak berkongsi nama dan sebaya .

sya sedih sangat sebab arwah pergi ketika umur arwah baru 16 tahun . masa tu sya rasakan arwah terlalu muda untuk di jemput Ilahi .

arwah meninggal dua hari sebelum umat islam menyambut bulan puasa . dan tahun ni adalah ramadhan yang ketiga tanpa arwah disamping kami . setiap kali ramadhan tiba , perasaan rindu terhadap arwah terasa sangat .  hati rasa pilu sangat . tapi sekarang sya sedar , mati tidak mengenal usia . bila-bila masa je malaikat boleh ambil nyawa kita . sebab tu kite yang masih hidup ni kena mencari bekalan akhirat seolah olah hari ini adalah hari terakhir kita hidup .

sya pun bukanlah seorang yang alim , tetapi sya sedar sya tak tahu berapa lama lagi hayat sya . mungkin ini adalah entry terakhir sya atau pun malam terakhir sya . oleh itu , kita sama-samalah muhasabah diri , buanglah stigma kita akan mati apabila sudah tua .

 "adakah cukup bekalan yang akan dibawa kita untuk menghadapi Allah ? adakah cukup untuk mengelakkan diri daripada dibalas azab daripada Allah ? kesyurgakah aku ? atau nerakakah tempatku ?" wallahualam .


p/s : sya mohon jasa baik sahabat yang membaca entry ini , tolong sedekahkan surah al-Fatihah  kepada arwah sepupu sya , nurul . al-Fatihah .

Tuesday, June 4, 2013

mimpi Nabi Muhammad S.A.W

assalamualaikum w.b.t
apa khabar my lovely reader ? agaknya ada lagi tak orang yang nak singgah blog sya ni since sya dah lama tak update blog ni =\ kalau tak ada pun , takpelah . biarlah sya cakap seseorang . ececehh nak sentap sentap pulak . macam la ada orang kesah . k fine . dah mula la tu perangai merepek sya ni . okay okay . serius ! semua duduk tegak . mata fokus dekat kaca skrin laptop / komputer korang . jangan bergerak !! sebenarnya sya nak update something yang sya baca dari satu buku ilmiah ni . and sya rasa 'benda' tu agak menarik dan bermanfaat , so sya decide nak share dengan you all =)

bismillahirahmanirahim .
Sa'id bin Al-Mussayab meriwayatkan dari Abdurrahman bin Samurah bin Jundub , dia berkata ,"suatu hari Rasulullah s.a.w keluar menemui kami . ketika itu kami berada pada barisan beliau di Madinah . beliau berdiri sambil berkata 'sungguh . kelmarin aku bermimpi yang sangat aneh :

aku melihat seorang lelaki dari kalangan umatku didatangi malaikat maut untuk dicabut nyawanya . namun , datang kepadanya amalan baiknya kepada kedua orang tuanya . lalu malaikat maut mengembalikan nyawanya .

aku melihat seorang lelaki dari kalangan umatku yang telah disiapkan baginya azab kubur , tiba-tiba datanglah amalan wudhunya . kemudian amalan itu menyelamatkannya . 

aku melihat seorang lelaki dari kalangan umatku yang sedang digoda oleh syaitan , tiba-tiba datang amalan zikir kepada Allah s.w.t . lalu amalan itu mengusir syaitan darinya .

aku melihat seorang lelaki dari kalangan umatku dicengkam oleh malaikat azab , tiba-tiba datanglah amalan solatnya . lalu ia menyelamatkannya dari cengkaman mereka . 

aku melihat seorang lelaki dari kalangan umatku menjilat-jilat kehausan . setiap kali dia menghampiri ke telaga , dia dihalang dan diusir . tiba-tiba datang amalan puasa ramadhannya . lalu ia memberinya minum dan kesegaran .

aku melihat seorang lelaki dari kalangan umatku dan aku juga melihat para nabi duduk berkumpulan . setiap kali dia menghampiri ke satu kumpulan itu , dia ditolak . tiba-tiba datanglah kepadanya amalan mandi junub . lalu amalan itu mengambil tangannya dan mendudukannya disampingku.

aku melihat seorang lelaki dari kalangan umatku berada di antara kegelapan , dia dalam keadaan bingung . tiba-tiba datanglah amalan haji dan umrahnya . lalu keduanya mengeluarkan dia dari kegelapan itu dan memasukkannya dalam cahaya.

aku melihat seorang lelaki dari kalangan umatku melindungi diri dengan tangannya dari jilatan dan semburan api . tiba-tiba datang kepadanya amalan sedekahnya . amalan itu menjadi penghalang antara dirinya dan api serta menaungi kepalanya . 

aku melihat seorang lelaki dari kalangan umatku yang bercakap dengan orang mukmin tetapi mereka tidak menerimanya . tiba-tiba datanglah amalan silaturrahim sambil berkata 'wahai orang muslimim , sesungguhnya dia orang yang sangat menjalin hubungan silaturrahim , maka bercakaplah dengannya' . kemudian orang mukmin itu menyapa dan menyalaminya . dia pun menyalami mereka .

aku melihat seorang lelaki dari kalangan umatku telah dicengkam oleh malaikat zabaniyyah . tiba-tiba datanglah amalan amar makruf nahi mungkarnya . lalu amalan itu menyelamatkan dia dari tangan mereka dan memasukkan dia pada malaikat rahmat . 

aku melihat seorang lelaki dari kalangan umatku terungkur di atas dua lututnya . antara dirinya dan Allah terhalang oleh hijab . tiba-tiba datanglah amalan budi perketinya yang baik . lalu amalan itu mengambil tangannya dan memasukkan dia menghadap Allah s.w.t

aku melihat seorang lelaki dari kalangan umatku menerima buku catatan amalanya dari arah kiri . tiba-tiba datanglah amalan rasa takutnya kepada Allah . lalu amalan itu mengambil buku catatan amalannya dan meletakkannya disebelah kanan . 

aku melihat seorang dari kalangan umatku timbangan amalan kebajikannya ringan . tiba-tiba datanglah anak-anaknya yang telah meninggal dunia (untuk menambah berat timbangan kebajikannya)

aku melihat seorang lelaki dari kalangan umatku berdiri ditepi jahanam . tiba-tiba datanglah amalan harapannya kepada Allah s.w.t . lalu amalan itu menyelamatkannya dan melaluinya .

aku melihat seorang lelaki dari kalangan umatku telah dilempar ke neraka . tiba-tiba datang air matanya di mana dia menangis kerana takut kepada Allah s.w.t . lalu amalan itu menyelamatkannya . 

aku melihat seorang lelaki dari kalangan umatku gemuruh seperti pelepah kurma yang terkena hembusan angin kencang . tiba-tiba datang amalan berbaik sangka kepada Allah kepadanya dan menenangkan gemuruhnya . 

aku melihat seorang lelaki dari kalangan umatku merayap dan kadangkala merangkak dia sirath . tiba-tiba datanglah amalan selawatnya kepadaku . lalu amalan itu menegakkan dia di atas kedua telapak kakinya dan menyelamatkannya .

aku melihat seorang lelaki dari kalangan umatku telah sampai ke pintu syurga , namuan pitu syurga itu ditutup sebelum dia masuk . tiba-tiba datang kepadanya amalan syahadat 'tiada tuhan selain Allah ' . lalu amalan itu membuka pintu syurga baginya dan memasukkannya ke syurga . 

subhanallah . sungguh Allah itu Maha Besar dan Maha Mengasihani . betapa besarnya kuasa Allah terhadap umat yang dikehendakinya . oleh itu , kita hendaklah sentiasa beribadat dan meninggalkan segala larangannya . semoga kita semua akan berada dibawah naungan-Nya dan mendapat syafaat Rasulullah s.a.w di akhirat nanti . wallahualam ..

Friday, May 17, 2013

cikgu cikgu ~

assalamualaikum w.b.t
haii awok ! dah lama sangat sangat sya tak blogging . anyone miss me ? k sya , stop act like ada orang yang nak baca blog kau . hmm , first of all sorry sebab dah lama tak update blog . bukan sya tak ada masa nak update blog , sya sentiasa free. bukan sya tak ada story , ada banyak sangat sebenarnya yang sya nak share dengan korang . kadang-kadang bila sya online sya jenguk-jenguk jugak blog sya , tapi sya tak update apa apa pun . sebab sekarang ni sya perlukan banyak masa nak reconstruct balik diri sya . sya nak kena teguhkan balik pegangan agama sya yang sebelum ni sya hanya pandang ringan . okay dah . stop talk about myself . punca sya menjadi diri sya yang sekarang ni biarlah sya je yang tahu =)

actually sya nak update entry untuk hari guru . belum terlambat lagikan ? ada lebih kurang 30 minit sebelum 16 mei berlalu *menaip dengan kelajuan 120 km/j*

banyak jasa seorang guru pada sya . dari sya umur enam tahun sehingga 17 tahun dah terlalu ramai cikgu-cikgu yang dah pernah mengajar , mendidik , menegur , membimbing , dan membentuk sya . time sya tadika dulu , sya seorang yang pendiam . and tak menonjol . maybe sebab fizikal sya yang berlainan dengan kawan-kawan sya masa tu . time sya sekolah rendah  pun sama , sya tak ramai kawan sangat . kawan baik sya yang paling sya ingat dan sayang is iman najwa . dia kawan sya dari sya umur 6 tahun sampailah sya habis sekolah menengah . tapi sekarang ni sya dah lost contact dengan dia . tak tahu la kenapa . tetiba dia hilangkan diri dia ='( hmm , macam dah lari tajuk je entry sya ni =3

k , kembali pada tajuk entry sya tadi . time sya sekolah menengah sya ada ramai kawan and sya dah berani tonjolkan diri sikit . i mean bukan tonjolkan diri jadi macam budak hot tu . tapi sya dah banyak bergaul dengan kawan-kawan sya , terlibat aktif dengan aktiviti koko and baik dengan cikgu-cikgu . maybe sebab sya dah pandai sesuaikan diri kot and self confident pun dah tinggi sikit .

cikgu-cikgu pun banyak terima kekurangan sya and sabar je dengan perangai sya yang tak menentu . kadang-kadang baik , degil , melampau , sensitif , nakal and macam-macam lagi la . sampai bila sya teringat perangai sya dulu pun nak tergelak jugak .

first sekali sya nak ucapkan selamat hari guru dekat my favourite teacher , teacher dina which is my bio teacher masa form 4 . teacher kecik molek ni banyak sangat bersabar dengan perangai sya yang suka bercakap time dia mengajar . hee . dah la duduk depan sekali pulak tu , bercakap lagi . haih , nampak tak perangai tu macam mana . hmm , i'm sorry teacher . sya boring belajar bio time tengah hari , mengantuk xD tapi teacher punya patience limit sangat tinggi , dia tak pernah marah pun . and dia banyak tolong sya time dah nak exam dia akan join kiteorang study dekat kantin and ajar apa-apa yang kiteorang tak faham .

then , selamat hari guru jugak dekat puan aida , cikgu aimie , ustazah khairul zahidah , cikgu batty , miss winnie , cikgu asiah , puan wok , puan chee , sir hasmizi , sir letchu , ustazah noraini , cikgu amnah , puan fauziah , cikgu arnita , cikgu kamariah , cikgu hayati , umi , dan cikgu hanita . tak lupa jugak pada cikgu-cikgu yang sya tak ingat nama , sorry sangat-sangat . tapi jasamu akan ku kenang ! tanpa cikgu keputusan spm sya tak akan baik macam yang sya dapat sekarang ni . terima kasih juga sebab dah curahkan ilmu dan kasih sayang pada kami semua . tanpa ilmu dari cikgu doktor , perdana menteri , peguam , jurutera , saintis , dan juga golongan profesional tidak akan mengecapi apa yang telah mereka kecapi . terima kasih cikgu . i love you !

p/s : hargai cikgu anda =)

Wednesday, April 3, 2013

5sc3/2012 gathering

assalamualaikum w.b.t
haii . semalam adalah hari yang paling sya nantikan selama ni . it is 5sc3 gathering . sebenarnya tu adalah jamuan kelas sebab kelas kiteorang punya jamuan kelas tak terbuat lagi . rasanya budak kelas lain dah berzaman dah kot buat jamuan kelas tapi kiteorang ........,,, who care ? janji buat . haha . since this gathering gonna be our last gathering before kiteorang semua sambung belajar , sya amik gambar dengan dorangbanyak sangat . sebab lepas ni belum tentu lagi dapat jumpa dengan dorang . tapi got a few of my them yang tak datang . waaaa , sad me sad ~

venue : q-thai steambot , ampang water front
date : 2 april 2013 , tuesday
time : 8pm-11pm
theme : pink

dahdah . sya tak nak tulis apa-apa dah . let photo talk ;)

datin melaram









semua ikut tema , sweet kan kiteorang ?? ahwong dengan eugene pun pakai baju color pink ^^ the shocking moments is bila orang tu bagi bil , hambik kau ! RM 400 ++ dekat RM 500 . bak hang . tapi time tu muka semua cool je . tapi dalam hati , ambik ! orang tu siap bagi fatimah calculator besar lagi xD tu memang perli habis . haha

p/s : i love all the moments we share together . i gonna miss you guys ! =*

Sunday, March 17, 2013

surat dari burung biru

assalamualaikum.
hii , morning ! nampak tak tajuk tu ?? haaa saja je nak buat perodi surat dari langit dari biru . tapi still ada kena mengena dengan burung biru okay . korang semua tahu kan burung biru tu apa kan ? kalau tak tahu pergi bukak kamus dewan bahasa dan pustaka edisi ke 15 .

actually sya excited sangat !! sebab somebody yang sya admire reply tweet sya !! tahu tak siapa ? ke korang semua nak teka ? hmm , takpe la kalau suruh korang teka entah sesapa la yang korang fikir kan . the guy is dafi ! jangan kata korang tak kenal dafi pulak ehh . tapi kalau korang 'tak ingat' dafi tu yang mana , meh sya tunjuk


dah ingat da ? sya excited gila dia reply tweet sya . bila sya tengok dekat TL tetiba dia mention nama sya terus sya over excited . my heart is pounding , pipi sya pun rasa panas , sampai lenguh pipi sya sebab tak boleh berhenti senyum ^^ . sya rasa mesti ada yang tak percaya apa yang sya cerita ni , sebab tak ada gambar kan . nanti orang ingat sya syok sendiri . sorry la laptop sya tak ada apps untuk screen shot tapi korang boleh tengok dekat sini .. 

p/s : deeply in love with his new single , salahkah aku .

Wednesday, March 6, 2013

al-fatihah to malaysian heroes ..

assalamualaikum.
hii korang semua .. agak-agak ada tak sabahan blog reader here ?? hmm , kalau ada sya sentiasa doakan korang semua selamat . sekarang ni kan ada pencerobohan di lahad datu , so sya pun takut jugak kalau semua penceroboh tu apa-apakan masyarakat setempat .

actually sya pun tak faham sangat apa yang penceroboh philipine tu nak . yang sya tau dorang ada kena mengena dengan kesultanan sulu . tapi paling menyedihkan bila wira-wira negara yang gugur semasa menjalankan tanggungjawab terhadap negara . ya Allah , sedih sangat bila sya baca dekat surat khabar tentang penerimaan keluarga mereka . sya sedih sebab kesian dekat anak-anak perwira negara itu yang masih kecil dan mentah tetapi sudah kehilangan kasih sayang seorang ayah . bila sya bayangkan kalau sya lah dekat tempat dorang , nauzubillah . sya tak sanggup . bagi sya terlalu besar dugaan tu . sya sampai menangis bila baca cerita-cerita tu . walaupun dorang mati syahid tapi tetapi insan yang mereka tinggalkan mesti rasa kehilangan yang teramat sangat ..

dulu sya pernah bercita-cita nak kahwin dengan seorang tentera . tapi sekarang sya tak nak . sebab sya takut sya akan ditinggalkan selamanya bila orang yang sya sayang pergi menghadap Ilahi demi mempertahankan negara . memang semangat cintakan negara yang ditunjukkan oleh pasukan keselamatan negara tu tu wajar disanjungi . tapi sya takut . sya tak kuat . sya tau setiap yang hidup pasti akan mati tapi sya takut sya tak boleh terima kalau orang yang sya sayang tu pergi kerana dibunuh oleh musuh negara yang kejam . maybe opinion sya ni agak selfish , tapi itu yang sya rasa sekarang ni . eventhough sya tak kenal pejuang-pejuang negara yang gugur di lahad datu dan semporna , tapi sya dah rasa kehilangan dan sedih sangat . sya tak nak rasa kehilangan dan keperitan yang lagi mendalam kalau benda yang terjadi pada balu perwira negara tu jadi pada sya jugak .

tapi , kalau dah tercatit di luh mahfuz bahawa jodoh sya adalah golongan orang yang bertanggungjawab mempertahankan keamanan negara , sya redha . sya cuma mampu berdoa jodoh sya akan berpanjangan .

sya dapat tahu salah seorang anggota polis yang terkorban tu adalah abang sedara junior sya . sya simpati sangat dengan keluarga dia . sya berharap keluarga arwah kuat menghadapi dugaan Allah s.w.t . sya doakan semoga roh mereka yang terkorban demi mempertahankan negara sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman . sya turut doakan perwira yang akan bergempur dengan pencerobah itu akan berjaya dan selamat . amin ..



p/s : al-fatihah ..

Wednesday, February 27, 2013

2 in 1

assalamualaikum.
hii my sweet readers !! miss you all velly velly muchhhhh =* *perasan macam ada je orang yang nak stalk blog aq* haaa , sorry la dah lama tak update blog sebab busy sangat sekarang ni . sekarang ni sya tengah belajar memandu , 8/3 ni dah test jpj =0 then , tak ada mood pulak nak update my blog . lepastu semalam pulak baru je kena allergic . tak tau pun ada allergic selama ni , semalam baru je tau . haih ~ yang paling penting , sekarang ni hospital ampang dah jadi rumah nombor 2 sya . ingat lagi tak sya pernah update pasal sya jatuh dulu ? so ni laa akibatnya , kena buat follow up dekat hospital ampang *sedihhhh*

actually entry ni sya nak cerita pasal appointment sya dengan pakar ortopedik tadi . tapi sebelum tu tarik nafas dulu, hembus .. tarik , hembus . okay , tadi sya jumpa crush lama sya ! doktor beruang !! sya kenal dia sebab sebelum ni sya jaga ayah sya masuk wad dulu . waaa . tak sangka jumpa dia lagi xD hilang terus rasa boring tunggu nombor tadi  . time turn sya , doktor lelaki yang treat sya , dia pun sya kenal jugak sebab dia pun pernah rawat ayah sya dulu. dia comel woii !! waa tak tipu sama lu orang , kalau korang tengok dia pun mesti korang melting jugak ^^ okay okay , enough sya ! tak habis habis dengan penyakit menggatal kau =.='

dia tanya-tanya la pasal kaki semua kan , then dia suruh sya ikut dia sebab dia nak check . at first tu pandang muka dia biasa je la . sekali dia kata nak check terus muka sya lain , macam baru dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup . of course la terkejut sebab malu laa . dia dah la lelaki , melayu , muda , handsome nak check bahagian lutut pulak tu . kalau lelaki cina sya boleh la tolerate lagi . tapi takpa la , time tu sya dah istighfar bebanyak dah , otak cuma fikir takpa la , doktor ni nak merawat aq tak ada niat apa apa pun . so redha je la .

bila dah check semua , doktor tu suruh tunggu kejap . sya tengok dia discuss something dengan senior dia kot pasal lutut sya . then dia panggil la sya masuk bilik senior dia tu . and for one more time sya kena explain lagi dekat doktor senior dia tu pasal masalah kaki sya . haih , dah macam hafal skrip tau tak =.=' lepas dah cerita semua doktor tu suruh baring , check kaki , tarik-tarik kaki semua . then doktor yang senior tu pergi panggil pulak doktor pakar , maybe . dia pun buat benda yang sama macam doktor tadi tu .

then the result is , ligament lutut sya yang bahagian depan tu dah putus . so thats why sya rasa lutut sya macam longgar and bila sya rushing je mesti ada movement dekat joint lutut tu . at first doktor tu kata the solution is operation . tapi bila doktor comel tu kata sya jatuh baru 2 bulan , the specialist tu tukar plan . dia prefer sya buat fisio dulu , bagi kuatkan otot peha . kalau dalam 3 bulan still tak okay lagi baru operation .
dorang akan amik sikit otot dekat area lutut and gantikan ligament yang dah putus tu . okay , dah macam mengajar korang bio je kan . hahah

tetiba doktor senior tu tanya if sya datang sorang ke , and boleh ke terangkan dekat parents nanti . then sya katalah ayah ada dekat luar . and doktor comel tu yang akan explain briefly dekat baba . bila doktor comel tu tengok baba dia tanya khabar semua tetiba doktor tu kata baba sya ni macam familiar je . baba sya pun ye kan je la , sebab doktor comel tu memang baik dengan dia pun dulu . time tu sya macam dah tengok rancangan jejak kasih je . hahaha ! time doktor  tu cakap dengan baba semua ada sekali tu doktor tu cakap

'kita akan buat fisio dulu la . lagi pun adik ni pun tak kata sakit sangat' *sambil pandang sya then senyum*

waaa !!!!!!!!!!! seriously melting gila time tu . jantung pun bukan main laju lagi berdegup xD sebabnya bila dia pandang sya kan , sya tengok mata dia redup je and nampak caring sangat !

before balik tu , sya pergi ambik ubat dekat farmasi , makan , and buat appointment dengan fisio . until now sya tak boleh berhenti senyum lagi =)))

p/s : sebelum ni sya rasa sya nak kahwin dengan ustaz , tapi sekarang ni dah tukar . sya nak kahwin dengan doktor comel tu ! Dr. A =)

Friday, February 8, 2013

Sunday, February 3, 2013

rahsia Allah

assalamualaikum.
hari ni nak cerita pasal hari selasa lepas . dah lama dah nak update tapi kemalasan dan kesibukan melanda , terpaksa la aq pendam dan simpan cerita yang membuat aq berbunga bunga dijadikan pekasam . haha . kalau rasa cerita ni basi , byebye . tak paksa pun suruh mengeja entry aq ni .

k , hari selasa tu aq dengan atiqah pergi kenanga dengan ts nak shopping baju amik result SPM katanya xD   dah habis shopping dekat kenanga kiteorang gerak la pergi ts . sampai ts dah cari baju dengan makan semua kiteorang pergila cari surau . *ni part penting* atiqah confident surau dekat tingkat 9 , so kiteorang pun naik la lif yang kaca tu , menggedik la kononnya tak nak naik lif yang biasa tu . sekali lif tu berhenti dekat tingkat 8 , ada dua orang lelaki masuk . dorang pun not bad la . tapi yang pakai spec tu lagi handsome kot . haha . time tu dalam lif tu just aq aq atiqah dengan dua orang mamat tu je . sekali dah sampai tingkat 9 , kiteorang semua keluar la . mamat dua orang tu sebenarnya nak pergi tingkat 10 tapi lif tu kan sampai tingkat 9 je so dorang pun tak tentu hala la *aq tak sengaja dengar eh , dorang yang cakap kuat sangat*. aq dengan atiqah keluar lif dengan confident , last-last tanya akak tu jugak . then akak tu kata surau dekat tingkat 7 . kiteorang pun pergi la dekat lif tu balik , tengok-tengok dua orang mamat tu pun ke hulur ke hilir depan lif tu . sekali yang pakai spec tu tanya aq

mamat spec : awak nak pergi mana ?
aq : pergi surau
*kawan mamat spec tu sambil jalan dia kata surau dekat tingkat 10*
mamat spec : haa . surau dekat tingkat 10

kembang aq bila mamat spec tu tanya aq . huahuahua ! tapi kiteorang turun jugak pergi dekat tingkat 7 .lepas dah turun tengok surau tu tengah buat construction . then bangla tu kata surau dekat tingkat 10 *dia cakap bahasa inggeris la* time tu aq dah membebel dah dengan atiqah sambil cari lif .

*cerita pengembaraan kiteorang dari tingkat 9 ke tingkat 10 tak nak cerita . sungguh menyeramkan . hahah*

dah nak sampai surau tu , tetiba aq tengok sorang mamat tu , mamat tu pun pandang aq . tetiba dia panggil nama . aq terkejut . then baru aq teringat , abang din ! dia fasi time aq pergi camp time form 3 dulu . then aq tanya

aq : abang bukan dekat jb ke ?
abang din : abang dah habis belajar dah . ehh , korang tak sekolah ke ?
aq : dah habis sekolah dah la . tengah tunggu result . 
abang din : *konon kononya mencongak* oh ok ok . *terus pergi toilet*

time atiqah solat , tiba-tiba mama call , aq pun terus keluar la . time aq tengah syok syok bergayut dengan mama tetiba mamat spec tadi keluar dari surau . dia pandang aq , dia senyum lepastu byebye aq . time tu aq covercover la , senyum macam biasa je . tapi dalam hati dah macam ada 100 ekor monyet melompat lompat bahagia . hahah . then , tetiba abang din pulak keluar dari surau . time tu aq dah nak habis bergayut dah , aq suruh abang din tunggu kejap . then kiteorang pun borak-borak la . yang peliknya , aq langsung tak rasa awkward nak borak-borak dengan dia lepas dah lama tak jumpa . lepas dah borak-borak semua dia mintak diri , nak sambung kerja katanya .

the moral of the story . setiap kali kita nak keluar pergi mana mana tak payah la nak mengharapkan kita akan bertemu dengan lelaki-lelaki handsome or kawan-kawan lama kita . kita serahkan je pada takdir . ajal maut jodoh pertemuan tu semua rahsia Allah . Allah dah menentukan siapa yang akan datang dan pergi dari hidup kita . macam cerita aq ni , time kiteorang nak keluar haritu aq tak terniat pun jumpa dengan mamat handsome or terserempak dengan sesiapa . tapi Allah dah temukan aq abang din dan mamat spec , atiqah pun main main mata , senyum dengan sorang mamat yang memang kiteorang tak kenal . dorang semua kiteorang jumpa dekat kawasan surau . nak solat . mungkin tu semua satu kebetulan , tapi aq yakin tu adalah rancangan Allah untuk kami , hambanya . kalau niat kita betul , tujuan kita untuk membuat kebaikan , in shaa Allah , Allah akan membalas niat baik kita dengan benda yang akan membahagiakan kita jugak .

p/s : aq berdoa aq akan ditemukan dengan orang yang mampu membahagiakanku .

Monday, January 21, 2013

kfcm =*

assalamualaikum.
hi awak awak !!!!!!!!!!! malam tadi mimpi macam-macam , tapi nak story yang sweet je xD cer teka cer teka *hormon terlebih pagi ni ^^* kite kan , kite .. hmmm . kite . haish . ni ada jugak yang kena hentak dekat lantai . lepastu esok keluar dekat paper metro muka depan , 'remaja koma ditangan lantai' omg ! oke fine . malam tadi aq mimpi pasal apek =)

oke , kita mulakan dengan bismillah ..
dalam mimpi aq tu , aq kenal and agak rapat dengan KHAIRUL FAHMI CHE MAT a.k.a APEK . then aq dapat invitation wedding apek dengan leuniey . aku rasa aq pergi majlis resepsi yang dekat kl tapi dorang pakai baju color firuz blue yang resepsi belah apek punya dekat kelate .

baju yang ni haaa .

k nevermind , time tu aq dah nak balik , dah nak turun tangga . at the same time apek duduk dekat luar hotel dekat dengan tangga dengan sape entah . tak hengaaat . aq nampak je dia , aq naik balik ajak dia amik gambar sesama , tapi time tu dia dah bukak baju kahwin tu , just pakai tshirt biru je . then dia cakap

apek : pakai tshirt ni je eh ?
me : eeh , tak boleh ! kena pakai baju kahwin tu balik ..
apek : kenapa tak boleh ?
me : nak post dekat twitter . baru orang tahu i pergi wedding you .
*apek mengalah , dia terus pakai baju kahwin dia tu*

hahaha . korang nampak tak kepoyoan dan keberlagakan aq dekat situ xD aq pun tak sangka aq gedik sampai macam tu sekali , hahah . then aq pun amik la gambar kiteorang by self cam . lepas amik je apek terus rebut handphone dengan aq sebab dia punya gelojoh gila tahap tak reti nak sabar tengok gambar kiteorang tadi . dan bermula adegan tarik menarik handphone xP tengah feeling-feeling rampas-rampas handphone sampai gelak nak tergolek tiba-tiba leuniey datang . obviously dia sangat jealous tengok aq dengan apek macam tu tapi dia buat jugak la fake smile tu . tapi lagi best , bila apek buat muka tak bersalah =D then leuniey terus ajak masuk balik dekat dalam hotel tu nak layan tetamu bagai . walaupun apek diheret leuniey tapi dia sempat bye-bye dekat aq *touched* ~

bangga gila aq mimpi macam tu ^^ rasa macam dah dapat kalahkan leuniey . hahaha . tapi mimpi ni terbawa-bawa sebab tengok walimatul apek dengan leuniey malam tu . tu yang dorang interframe jugak dalam mimpi aq tu hohoho . apa-apa pun 'selamat pengantin baru apek-leuniey . semoga bahagia hingga ke akhir hayat'

p/s : happy birthday fadhli shas . loveyou =*

Wednesday, January 16, 2013

my future husband ~

assalamualaikum.
hi korang ^^ dah lama tak update . jenuh aq nak buang sarang labah-labah kat blog aq ni , haih . tapi aq tak bermukadimah panjang-panjang . nak yang pendek-pendek je , boleh ? tu yang tak update terus , nak pendek sangat . hahah . oke , aq dah start merepek dah , just forget it k .

hari isnin tu aq and kawan-kawan aq pergi main bowling dekat AP je tu haa . biasalah dah habis sekolah kan jarang la kiteorang dapat lepak sama-sama lagi . lagipun memang dah lama kiteorang plan nak main bowling tapi asyik tertangguh je . so hari isnin tu the final day . tak nak tangguh-tangguh dah . malas .

tak tahu lah kiteorang main bowling ke main longkang . tak dapat nak dikenalpasti , sebabnya setiap daripada kiteorang baling je bola bowling tu , mesti ada je yang masuk longkang . haha . lepas main bowling kiteorang semua pergi mcD kejap . sebab semua over excited nak main bowling sampai lupa nak breakfast xD kiteorang just beli yang ringan-ringan je , sebab lepas tu kiteorang nak pergi makan dekat b-station .

then , masuk je b-station nampak 'qiqi' , so kiteorang pun senyum to each other . tapi aq rasa aq tak senyum time tu , tapi dah tahap sengih macam kerang busuk xD sambil kiteorang makan-makan tu kiteorang borak-borak la . tak tahu macam mana boleh masuk topik suami . kalau boleh semua tak nak kalah nak yang handsome la , kaya la , tinggi la , pandai la, itu la ini la . kalau boleh nak perfect sokmo . aq pun kalau boleh nak lelaki yang perfect jugak . tapi nobody is perfect so do i .

tapi apa yang aq harapkan , my future husbad tu mestilah :

1- boleh menjadi imam aq yang terbaik  . aq berdoa aq ditemukan dengan seorang lelaki yang boleh membimbing aq ke jannatul firdaus . yang sentiasa melindungi aq daripada melakukan dosa . aq tahu aq bukannya wanita yang solehah tapi aq sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri aq yang hanya islam pada nama sebelum ini kepada yang lebih baik . sebab tu aq berdoa agar ditemukan dengan bakal suami yang dapat membahagiakan aq didunia dan diakhirat . aq juga nak dia terima diri aq seadanya .

2- berkerjaya dan education level dia sama macam aq . kalau aq degree , dia pun ada degree jugak . kalau aq cuma ada diploma , dia pun just diploma je . biarlah duduk sama rendah , berdiri sama tinggi . cehhh . haha . aq nak bakal suami aq nanti ada kerjaya dia sendiri dan pendapatan yang stabil . tak kisah lah apa kerja dia sekalipun yang penting halal dan dapat memenuhi semua tanggungjawab dia terhadap aq .

3- sederhana . cukuplah seorang lelaki yang sederhana dari segala segi . dari segi peribadinya , hartanya , dan rupanya . aq tak mengharapkan lelaki yang kaya raya atau yang handsome mengalahkan aaron aziz . sebab aq tahu siapa diri aq , rupa aq . so berpijaklah dibumi yang nyata . tapi kalau boleh nak dia pakai spect . baru nampak matured and macho xD

dah , tu je kot . tapi ni semua cuma angan-angan ye . kita takkan tahu pun siapa jodoh kite . kadang -kadang kita nak future husband yang macam ni , macam tu tapi akhirnya kite ditemukan dengan orang yang sebaliknya . jodoh ajal maut tu semua rahsia Allah s.w.t . kita sebabgai hambanya hanya boleh berdoa agar ditemukan dengan orang yang tepat dan yakin semua yang terjadi ada hikmahnya =)

p/s : time keluar dengan dorang tak amik gambar langsung . tapi tak apa . yang penting kenangan tu sentiasa ada dalam hati kita =3