dah lamanya sya tak update blog !!!! rindu sangat tapi biasalah sindrome malas menguasai diri . hihihi . padahal banyak sangat benda yang sya lalui yang sya nak share dekat sini tapi hajat tak kesampaian xD Sekarang baru sya free sikit sebab start awal bulan 11 haritu affan dah duduk dekat rumah pengasuh . tetapi . persoalannya , mengapakah ? bukan sya ke yang jaga affan selama ni ? tak sanggup dah ke ?
dah dua bulan sya jaga affan , tu tak termasuk time kakak sya pantang . this is the time for me to let him go . ecehhh . ayat macam orang frust menonggeng . haha ! okayokay . actually , reason yang sebenarnya is sya dapat tawaran sambung belajar dekat UITM Seri Iskandar . course yang memang sya nak sangat , course ukur bahan . syukur alhamdulillah . akhirnya doa sya termakbul jugak .
sya daftar hari sabtu ni , in shaa Allah esok lepas solat jumaat kiteorang gerak . and alhamdulillah almost 95% semuanya dah ready . dari buka segala account bank sampailah ke packing . sya get ready awal-awal sebab sya tak nak rushing , tertinggal barang la , borang la . tak pasal je nanti buat drama air mata sebab kena marah dengan Encik Ishak ~.~
sya nervous jugak sebenarnya . sebab ni first time berjauhan dengan family . nah cuba bayangkan 18 tahun duduk bawah ketiak mak ayah tetiba kena duduk asrama , jauh pulak tu . yaaa , jauh sangat since perak tu dah negeri lain xD tapi muka kena maintain cool . wat lek katanya . kalau tak habis kena bahan. hohoho
sya tak sure kalau sya sempat nak update blog ke tak kat sana nanti . dengan mds lagi . comfirm kena regging kawkaw . tapi kalau ada masa , in shaa Allah sya akan update . doakan kejayaan sya ye :)
last outing , melaram sikit =3
p/s : seri iskandar aku datang !
No comments:
Post a Comment