About Me

My photo
I just an ordinary person who are talkative and easy going . I believe something happen for a 1000 reasons . The pain teach me to be a strong Allah creation . I don't mind people hatin me because I live not to impress anybody but to seek my place in Jannah .

Wednesday, March 6, 2013

al-fatihah to malaysian heroes ..

assalamualaikum.
hii korang semua .. agak-agak ada tak sabahan blog reader here ?? hmm , kalau ada sya sentiasa doakan korang semua selamat . sekarang ni kan ada pencerobohan di lahad datu , so sya pun takut jugak kalau semua penceroboh tu apa-apakan masyarakat setempat .

actually sya pun tak faham sangat apa yang penceroboh philipine tu nak . yang sya tau dorang ada kena mengena dengan kesultanan sulu . tapi paling menyedihkan bila wira-wira negara yang gugur semasa menjalankan tanggungjawab terhadap negara . ya Allah , sedih sangat bila sya baca dekat surat khabar tentang penerimaan keluarga mereka . sya sedih sebab kesian dekat anak-anak perwira negara itu yang masih kecil dan mentah tetapi sudah kehilangan kasih sayang seorang ayah . bila sya bayangkan kalau sya lah dekat tempat dorang , nauzubillah . sya tak sanggup . bagi sya terlalu besar dugaan tu . sya sampai menangis bila baca cerita-cerita tu . walaupun dorang mati syahid tapi tetapi insan yang mereka tinggalkan mesti rasa kehilangan yang teramat sangat ..

dulu sya pernah bercita-cita nak kahwin dengan seorang tentera . tapi sekarang sya tak nak . sebab sya takut sya akan ditinggalkan selamanya bila orang yang sya sayang pergi menghadap Ilahi demi mempertahankan negara . memang semangat cintakan negara yang ditunjukkan oleh pasukan keselamatan negara tu tu wajar disanjungi . tapi sya takut . sya tak kuat . sya tau setiap yang hidup pasti akan mati tapi sya takut sya tak boleh terima kalau orang yang sya sayang tu pergi kerana dibunuh oleh musuh negara yang kejam . maybe opinion sya ni agak selfish , tapi itu yang sya rasa sekarang ni . eventhough sya tak kenal pejuang-pejuang negara yang gugur di lahad datu dan semporna , tapi sya dah rasa kehilangan dan sedih sangat . sya tak nak rasa kehilangan dan keperitan yang lagi mendalam kalau benda yang terjadi pada balu perwira negara tu jadi pada sya jugak .

tapi , kalau dah tercatit di luh mahfuz bahawa jodoh sya adalah golongan orang yang bertanggungjawab mempertahankan keamanan negara , sya redha . sya cuma mampu berdoa jodoh sya akan berpanjangan .

sya dapat tahu salah seorang anggota polis yang terkorban tu adalah abang sedara junior sya . sya simpati sangat dengan keluarga dia . sya berharap keluarga arwah kuat menghadapi dugaan Allah s.w.t . sya doakan semoga roh mereka yang terkorban demi mempertahankan negara sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman . sya turut doakan perwira yang akan bergempur dengan pencerobah itu akan berjaya dan selamat . amin ..



p/s : al-fatihah ..

No comments: